BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 3, 2010

Alan Mathison





Alan Mathison Turing (23 Jun 19127 Jun 1954) ialah ahli matematik, ahli logik, dan ahli kriptografi British. Beliau telah dianggapi sebagai bapa sains komputer moden.

Melalui Ujian Turing, Turing memberikan sumbangan yang penting dan provokatif kepada perdebatan kecerdasan buatan: sama ada mesin mempunyai kesedaran dan dapat memikir atau tidak. Beliau membekalkan pemformalan yang terpengaruh kepada konsep algoritma dan pengiraan melalui mesin Turingnya, dan merumuskan versi "Turing" untuk tesis Church-Turing yang kini diterima secara meluas, iaitu mana-mana satu model pengiraan yang praktikal akan mempunyai keupayaan mesin Turing yang sama ataupun sebahagian daripadanya.

Semasa Perang Dunia II, Turing bertugas di Bletchley Park yang merupakan pusat pemecahan tulisan rahsia dan untuk sejangka masa, juga merupakan ketua Hut 8, iaitu bahagian yang bertanggungjawab kepada pemecahan tulisan rahsia tentera laut Jerman. Beliau mereka beberapa teknik untuk memecah tulisan rahsia Jerman, termasuknya kaedah bombe, melalui sebuah mesin elektromekanik yang dapat mencari pengesetan mesin Enigma.

Selepas peperangan, Turing bertugas dengan Makmal Fizik Negara (National Physical Laboratory) dan mencipta rekaan pertama untuk komputer yang dapat menyimpan atur cara, walaupun mesin itu tidak pernah dibina. Pada tahun 1947, beliau berpindah ke Universiti Manchester untuk membina perisian untuk Manchester Mark I yang merupakan salah satu daripada komputer benar yang awal.

Pada 1952, Turing disabitkan bersalah terhadap perbuatan kelucahan melampau selepas beliau mengakui perhubungan seks dengan salah seorang lelaki di Manchester. Beliau diletakkan di bawah percubaan dan diperlukan menjalani terapi hormon. Sewaktu Turing mati pada 1954, sebuah inkues mendapati bahawa beliau telah membunuh diri melalui pemakanan epal yang telah dibubuhkan sianida.

0 comments: