BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 3, 2010

charles babbage






Charles Babbage (26 Disember 179118 Oktober 1871) adalah seorang ahli matematik, ahli falsafah analisis, jurutera jentera dan ahli (proto-) sains komputer Inggeris, yang memulakan idea tentang komputer boleh atur cara. Sebilangan bahagian mekanismenya yang belum siap kini dipamerkan di Muzium Sains London. Pada 1991, sebuah enjin beza yang dibina berdasarkan pelan asal Babbage pada toleransi yang mampu tercapai pada abad ke-19 berfungsi dengan sempurna, dan membuktikan bahawa mesin Babbage boleh jalan. Sembilan tahun kemudian, Muzium Sains menyelesaikan pencetak Babbage yang telah direka bentuk untuk enjin bezanya; kerumitannya adalah mengkagumkan bagi sebuah peranti abad ke-19

Alan Mathison





Alan Mathison Turing (23 Jun 19127 Jun 1954) ialah ahli matematik, ahli logik, dan ahli kriptografi British. Beliau telah dianggapi sebagai bapa sains komputer moden.

Melalui Ujian Turing, Turing memberikan sumbangan yang penting dan provokatif kepada perdebatan kecerdasan buatan: sama ada mesin mempunyai kesedaran dan dapat memikir atau tidak. Beliau membekalkan pemformalan yang terpengaruh kepada konsep algoritma dan pengiraan melalui mesin Turingnya, dan merumuskan versi "Turing" untuk tesis Church-Turing yang kini diterima secara meluas, iaitu mana-mana satu model pengiraan yang praktikal akan mempunyai keupayaan mesin Turing yang sama ataupun sebahagian daripadanya.

Semasa Perang Dunia II, Turing bertugas di Bletchley Park yang merupakan pusat pemecahan tulisan rahsia dan untuk sejangka masa, juga merupakan ketua Hut 8, iaitu bahagian yang bertanggungjawab kepada pemecahan tulisan rahsia tentera laut Jerman. Beliau mereka beberapa teknik untuk memecah tulisan rahsia Jerman, termasuknya kaedah bombe, melalui sebuah mesin elektromekanik yang dapat mencari pengesetan mesin Enigma.

Selepas peperangan, Turing bertugas dengan Makmal Fizik Negara (National Physical Laboratory) dan mencipta rekaan pertama untuk komputer yang dapat menyimpan atur cara, walaupun mesin itu tidak pernah dibina. Pada tahun 1947, beliau berpindah ke Universiti Manchester untuk membina perisian untuk Manchester Mark I yang merupakan salah satu daripada komputer benar yang awal.

Pada 1952, Turing disabitkan bersalah terhadap perbuatan kelucahan melampau selepas beliau mengakui perhubungan seks dengan salah seorang lelaki di Manchester. Beliau diletakkan di bawah percubaan dan diperlukan menjalani terapi hormon. Sewaktu Turing mati pada 1954, sebuah inkues mendapati bahawa beliau telah membunuh diri melalui pemakanan epal yang telah dibubuhkan sianida.

Augusta ada kig





Augusta Ada King, Countess Lovelace (nama lahir: Augusta Ada Byron; 10 Disember 1815 – 27 November 1852) adalah terkenal kerana menulis pemerihalan Enjin Analisis, komputermekanik serba guna yang awal, yang direka oleh Charles Babbage. Notanya itu yang merupakan pemerihalan komputer dan perisian, kini diiktiraf sebagai atur cara komputer yang pertama di dunia oleh para ahli sejarah.

Pada tahun 1953, melebihi seratus tahun selepas kematiannya, nota Ada Lovelace itu telah diterbitkan semula selepas dilupai.

ibnu khaldun






Tokoh Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun (عبد الرحمن بن محمد بن خلدون الحضرمي) ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 - 1395.

Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.

Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.

Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the Cruel of Castile".

Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387.

Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj.

Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal.

Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.

Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.

Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.

"Sesiapa jua yang mengambil harta orang lain, atau menggunakannya untuk kerja paksa, atau membuat tuduhan yang tidak wajar hendaklah ingat bahawa ini adalah apa yang Pemberi Hukum maksudkan apabila melarang ketidakadilan."
- Ibn Khaldun

ibnu sina





IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

Alexander Graham Bell







Alexander Graham Bell (3 Mac 1847 - 2 Ogos 1922) ialah seorang saintis, pencipta dan pembawa pembaharuan. Sungguhpun paling dikenali kerana mencipta telefon, Bell juga digelar "bapa orang-orang pekak".[1] Bapa, datuk dan adik beliau semua pernah dikaitkan dengan kerja-kerja berkaitan pengicapan dan perbualan, manakala ibu dan isteri beliau kedua-duanya pekak, maka mempengaruhi kerja-kerja Bell secara mendalam.[2]Kajian Bell mengenai pendengaran dan pertuturan turut mendorong beliau bereksperimen dengan peranti pendengaran yang akhirnya memuncak dengan kejayaan Bell dikurniakan paten A.S. pertama untuk ciptaan telefon pada tahun 1876.[3]

Banyak lagi ciptaan lain dalam hayat Bell termasuk kajian perintisan dalam hidrofoil dan aeronautik. Pada tahun 1888, Alexander Graham Bell merupakan salah seorang ahli-ahli pengasasPersatuan National Geographic.[4] Dalam gambaran, Bell menganggap ciptaan beliau yang paling terkenal itu sebagai satu gangguan dalam kajian sebetulnya selaku saintis dan enggan melibatkan telefon dalam kajian beliau.[5] Sewaktu Bell meninggal dunia, semua telefon di seluruh Amerika Syarikat "berhenti berdering selama seminit untuk menunjukkan rasa hormat terhadap lelaki yang kepingin memudahkan komunikasi mewujudkan telefon."[6]


Thomas Adison




Thomas Alva Edison (11 Februari 184718 Oktober 1931) ialah seorang pereka dan usahawan Amerika Syarikat yang mengembangkan banyak peranti yang amat mempengaruhi kehidupan di seluruh dunia. Digelar "Yang Pintar dari Taman Menlo" oleh seorang wartawan, beliau adalah salah satu pereka terawal yang menggunakan pengeluaran besar-besaran untuk proses perekaan dan oleh itu, sering dihargai kerana mencipta makmal penyelidikan perindustrian yang pertama.

Edison telah dianggap sebagai salah satu pereka yang paling prolifik dalam sejarah, dan memiliki 1,093 buah paten Amerika Syarikat atas namanya, serta juga banyak paten di United Kingdom,Perancis, dan Jerman.